
Mengapa tajuk entri kali ini agak ekstrim?? Sebenarnya ia bukanlah kerana kuingin menerangkan cara menggunakan pedang atau sebagainya...tetapi inginku mngajak kalian merenung istilah yg sinonim dgn perkataan "pedang" itu sendiri.
Pertama sekali kudatangkan buat kalian 2 situasi sbagai permulaan...
Situasi 1
A : Lama xnmpak kt surau?? dah seminggu saya tengok awak xdtg.. Baru hari ini saya nmpak awak dtg..
B : Rasa kurang sihat sikit... ni dh ok sikit..( 'hari ni pun aku gagahkan diri juga demi Allah'-dlm hati)
A : Ye ke? Saya tgk awak ok je...
C : Cari alasan la tu... Dia mmg macam tu..
Situasi 2
A : Kenapa awk xsampai lg ni? Awak ada di mana?? Cepat dtg...
B : Saya dlm perjalanan ... Mgkin lmbat lagi saya sampai... Saya dah bertolak awal tadi... jalan sesak..
A : Kalau dh mmg lambat tu, lmbat juga.....
B : __________________________________
Berdasarkan situasi di atas, jika anda diberi watak sebagai B, apakah respon anda dalaman dan luaran? Apakah yg akan anda katakan dlm situasi B??
Apa yang pasti, respon setiap dari kita pasti berbeza....Ada yg tak ambil pusing, tak peduli, xkisah , dan tak kurang juga ada yg ambil hati, jauh hati dan sebagainya...
Bagi org yg tak kisah dan tak ambil hati, , maka ia mnjadi suatu kelebihan... Baginya, dia sudah berterus terang dan mncuba yg terbaik.... Manakala bagi yg ambil hati, ianya bukanlah sesuatu yg aneh kerana perasaan adalah ssuatu yg subjektif..... dan berbeza mngikut individu... Pasti ada yg mngatakan,, " Cakap sikit je pun,, kenapa terlalu sensitif?? Itu bukannya cacian @ makian..".. Ya ,memang benar ia bukan cacian tetapi
mgkin ada sebab yg tertentu yg mnjadikannya sensitif terhadap kata2 itu..
Tetapi alangkah baik jika kita (di tempat B) memilih jalan tengah iaitu untuk bersangka baik tehadap C (situasi 1) dan A (situasi 2)...Ada kemungkinan sahabat kita itu sangat mngambil berat tentang kita lalu dia cuba menegur... tanpa mnyedari kata2nya mngguris segenap ruang di hati... Tetapi kdg2 syaitan lebih cepat menusukkan jarumnya sehingga kita gagal melihat hikmah yg ada....segala kebaikan terhijab.. dan kita mula memikirkan perasaan kita shaja , hilang segala kebaikannya terhadap kita, yg ada hnyalah kebaikan kita terhadapnya tanpa menimbangkan pengorbanannya terhadap kita selama ini... segalanya terhijab sekelip mata... Janganlah terlalu melayan emosi dan perasaan itu... sebaiknya hanya kpd Allahlah segala perhitungan diserahkan lantaran Dia lebih Mengetahui..
![]() |
Bak kata shbt seperjuangan, Ida ; "cinta@sayang seadanya dan benci seadanya..." |
Bagi yg menegur dan menasihati ... di sini inginku ingatkan perihal kepelbagaian uslub dakwah ... Sekalipun ia kelihatan remeh , namun ia merupakan antara aspek penting dalam sesebuah dakwah sekalipun ia hanyalah nasihat yg terdiri drpd beberapa patah perkataan....Uslub dakwah adalah berbeza mngikut tahap dan personaliti mad'u tersebut... Ada yg mmerlukan teguran yg tulus dari hati, secara personal dan ada juga yg dpt mnerima nasihat yg membina dan bukan mnjatuhkan,, ada juga yg xkisah ditegur secara terbuka dan sebagainya..
Seperti tajuk entri ini, pedang(kata2) adakalanya menenangkan dan adakalanya menikam hati . . . Sebaiknya kita berhati-hati dlm melontarkan kata2 . . . . Berkata-katalah dgn kebaikan dan ilmu, dgn harapan hati yg mndengar dpt menerima dgn baik.... tetapi jgn sesekali lupa kata2 hikmah 'Berkatalah benar walaupun pahit'.... dan kata2 yg paling mnyenangkan ialah Kalam dari Allah... Tiada kalam yg lebih indah daripada itu....Setuju??
Maka beruntunglah org yg mmiliki kekayaan hati dan budi..

Bahgialah yang miliki kekayaan hati budi,
Kerna Allah bersamamu wahai para muttaqin,
Bahgialah yang miliki kekayaan hati budi,
Kerna Allah bersamamu wahai para mukhlisin.
Miliki hati pemurah,
Yang mampu menahan marah,
Memberi maaf dengan mudahnya mudahnya,
Miliki hati pengasih,
Walau diri kan tersisih,
Memberi kasih tanpa memilih memilih.