Tuesday 23 April 2013

Buatmu Daie : Lelah? Kembalilah ke Tempat Asalmu.

Titipan kali ini ditujukan buat penulis jua.

Ya, benar. Ada masanya sesiapa sahaja akan rasa lelah menghadapi mehnah, menepis tempias duri di jalan ini. Jalan ini sumpah panjang!!


Pernahkah kita dengar ungkapan ini??
 Jalan ini sumpah panjang!!
Not everybody can endure all the challenges,
But, be sure to put your trust in Allah.

Put your trust in Him. Lantaran setiap mehnah dan ujian itu datang dari-NYA. Pada-NYA jua ada kunci penyelesaian. Hakikatnya, Dia sangat suka mendangar rintihan dan permintaan hamba-NYA. 

Adakalanya, kita berasa tak mampu untuk teruskan langkah. Mungkin kerana terperangkap di masa lalu, mungkin juga kerana bebanan semasa, atau mungkin juga kerana kemalasan dan keselesaan yang melingkari diri. Apa pun bentuk ujian yang dihadapkan, tunjangkan ia ke dalam munajat kpd Dia yang Satu. Kadang2, manusia menjadi wasilah perantara dalam mencapai penyelesaian dan resolusi. Tapi keyakinan tetap pada Dia, yang Maha Penyayang.

Teringat penulis ketika berada dalam kelas Aqidah. Kata Murabbi, dalamnya penghayatan hamba terhadap 99 nama Allah yang baik (Asma ul Husna ) sehinggakan dalam segenap peristiwa yang berlaku dalam kehidupan menguatkan ingatan kepada Allah, tidak sedikit pun melunturkannya.

Sebagai contoh, jika jiran kita memberi bubur kacang kepada kita, lintasan pertama dalam minda ialah Allah yang Maha Pemberi Rezeki (ar-Razaq) yang memberinya kepada kita. Menjulang tinggi kesyukuran kepada-NYA. Tak lupa juga berterima kasih kepada hamba Allah (jiran kita) yang menjadi wasilah. Allah mencampakkan rasa atau ilham untuk memberi bubur kacang kepada kita. Subhanallah.. ^_^

Salah satu perkara yang perlu dielakkan ketika 'lelah' di jalan ini ialah kerehatan yang berpanjangan. Ianya mungkin tidak menjadi masalah kepada sestengah individu, tetapi lazimnya kerehatan yang berpanjangan menjanjikan kelesuan yang bertambah2 saat dirimu ingin melakukan 'comeback'  ke jalan ini.

Perkara yang menjadi sokongan atau vitamin dalam pemulihan 'lelah' ialah pendamping khususnya sahabat. Ya, adakalanya seseorang itu bisa pulih dengan sendirinya.. Tetapi, mempunyai sahabat yang sentiasa membimbing adalah satu kelebihan. Hal ini dapat menetapkan hati dan lebih dilindungi daripada terdedah kepada godaan2 dan kelalaian sepanjang pemulihan.




Ya, sahabat. Aku memerlukanmu. 
Sudikah engkau menemaniku?

Apa lagi yang ditunggu?
Keluarlah dari kepompong masalah yang bersarang di mindamu,
Bersegera menuju ke arah-NYA.
Jom!!
 =)