Sunday 28 April 2013

Buat Awak.

Bismillah.

Assalamualaikum,

Ke hadapan awak yang saya sayangi selepas Allah, Rasul dan ibu bapa.

Ya, awak. Jangan toleh mencari orang lain. Awaklah orangnya.

Awak sangat istimewa pada mata saya.

Sangat cantik, sopan, bijak, berbudi bahasa, dan teguh menjaga kehormatan dan maruah diri serta keluarga.

Awak,

awak sedar tak Allah sangat sayangkan awak?

Awak sedar tak hakikat bahawa awak antara sebaik2 makhluk yang diciptakan Allah?

Awak tahu tak awak adalah antara sperma yang terpilih untuk memasuki ovum dari jutaan sperma?

Pernahkah awak sedar awak antara yang bertuah dilahirkan dalam keluarga Islam dan dididik mengenal Allah di awal hayat?

Jika jawapan awak adalah ya ,, bersyukurlah. Awak antara yang terpilih.
Ya, awak dipilih oleh Allah.
Bukankah ia satu pengiktirafan yang sangat agung.??
sekadar gambar hiasan.
Haruskah disia2kan??

Ketika kecil, mak dan ayah awak menjaga dan mendidik awak dengan curahan kasih sayang yang tak berbelah bahagi, benar?

Dididik dengan segala makrifat alam dan akhirat.

Diberi pendidikan yang sempurna.

Menjaga kesihatan awak, bersengkang mata menjaga awak bila awak sakit.

Memantau dan ambil berat fasal awak.

Masihkah awak ingat?

sekarang hubungi mak ayah awak yang sangat rindukan awak.
Pulang jenguk mereka sekalipun sibuk.
Jagalah amanah mereka.

Bila meningkat remaja;

Awak menjadi seorang yang sopan, sangat pemalu, rajin berusaha, sanggup berkorban demi kejayaan di hadapan,

punya sahabat yang tetap setia di sisi awak,

tetap setia sekalipun terkadang awak terlanjur memarahinya,

Awak letak keseronokan dunia di tepi,

demi mencapai keredaan yang hakiki.

Awak tetap berjalan mencari sosok keperibadian unggul
tatkala orang lain leka dengan dunia masing2.

Dalam setiap tindak-tanduk dan keputusan,
awak dahulukan reda Allah dan ibu bapa.

Awak tersenyum ye? Itulah diri awak.

Nilai kesucian hati yang mencari dan terus mencari keredaan.

Membina diri, mentarbiyyah diri di bumi wakaf itu.

Allah nilai semua itu meski tiada siapa yang menyedari kehadiranmu.

Ya, itu adalah awak.

Lalu, pada satu ketika awak diketepikan,

sahabat yang awak idamkan dirasakan tak menghargai, tidak menerima awak.

sahabat yang setia di sisi awak abaikan.

tiada ucapan terima kasih buatnya yang setia membantumu susah senang.
egoiskan awak?

mengejar sesuatu yang tak pasti,

permata di depan mata menjadi debu.

Awak, kenapa awak menangis?
Beristighfarlah..
Minta maaf kepada yang layak menerimanya.
Usah diharap pada yang tak sudi.
Sahabat awak yang sedia ada itu lebih baik sekalipun dia tidak punya ciri2 yang awak idamkan.

Menerima keputusan SPM,

Awak sangat gembira dan bersyukur.

Allah beri lebih daripada target yang awak sasarkan!!

Nak sambung mana nanti ye?

"universiti insyaAllah" kata ayah.

Apabila keputusan permohonan keluar,

Awak kebingungan sepanjang hari,

menangis dan terus menangis.

Kata ayah: "mungkin tiada rezeki."

Awak buat rayuan semula.

Kemudian awak dapat tawaran lain ke Zagazig,

mungkin ini hikmah permohonan dulu ditolak.

Awak melompat gembira!!

Mak bersetuju.

Bila awak tanya pendapat ayah,

kata ayah: "ayah tak benarkan!"

Awak rasa sangat terkilan lalu memberontak.

Kata ayah:" STPM atau matrikulasi!!! tiada pilihan lain!!"

Hajat tak kesampaian....

Kata mak:"Kamu satu2nya anak perempuan ayah, ayah risaukan keselamatan kamu di sana."

Awak terdiam.

Lalu awak beristikharah.

Awak nampak awak ke arah bidang yang awak ingin tinggalkan.

Lalu awak memilih bidang yang awak inginkan,

mengabaikan pilihan Allah buatmu.

beberapa minggu kemudian,

awak dapat tawaran bidang yang awak ingin jauhi bersama bidang yang awak inginkan.

awak kagum, tertegun dengan pilihan Allah buat awak.

Awak menangis lagi?
saya mengerti awak terharu.

Lalu awak melangkah ke menara gading.

awak menjadi seorang yang pasif, pendiam, dan penuh dengan rasa rendah diri.

adakala awak rasa diri awak seperti tak diterima,

adakala awak rasa awak berseorangan di tengah ramai,

adakala awak fobia dengan kata2 kasar dan sindiran, serta ketawa yang ditujukan buat awak,

peristiwa demi peristiwa perit yang berlaku menghantui awak.

Awak menjadi semakin sensitif,

tega bergerak seorang diri kerana enggan disakiti lagi.

Riak wajah awak berubah tika ungkapan sahabat dan seangkatan
dengannya disebut.














Mengapa begitu, awak?

awak, jika awak baca semula bahagian atas,

awak akan dapati diri awak tak lemah seperti yang awak sangkakan,

mengapa harus terus terperangkap dengan halangan di tengah
jika sebelumnya awak berjaya harungi dengan tenang.??

Awak adalah insan yang sangat istimewa.

setidak2nya di mata saya.

janganlah keistimewaan yang ada itu dihakis dengan kata2 itu.

jangan sesekali benarkan.

Redakan segala yang telah berlaku.

Awak ambillah permata dalam masa silam ketika menoleh ke 'belakang'.

Jangan awak pandang walau sebelah mata pengalaman yang menjatuhkan awak.

Awak berhak untuk teruskan kehidupan.

Awak juga punya hati dan perasaan.

 Lebih serius lagi,

awak punya tanggungjawab untuk diselesaikan.

Allah meletakkan awak dan memilih awak
bukan untuk saja-saja.

Bangunlah, awak.

teruskan perjalanan awak.

Mohon bantuan Allah dalam setiap langkah awak..

Awak adalah yang terbaik!!


Last but not least,,