Tuesday 23 April 2013

Nilai Masa


Lama rasanya blog dibiarkan sepi.

Sekalipun banyak komitmen dan entri menunggu dalam 'to-do list' , hidup tetap perlu diteruskan.



Beruntunglah insan yang masanya sentiasa penuh dengan saat2 dan bermanfaat buat diri sendiri khusunya dan orang lain amnya. Alhamdulillah.

Alangkah ruginya manusia yang keesokan harinya lebih teruk berbanding hari ini dan hari ini lebih merosot berbanding hari semalam; hari- hari yang dilalui kosong dan sia2. Astaghfirullah.

Allah telah bersumpah dengan masa dalam firman-NYA :

 " وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢)
 إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣) "
Mafhumnya: 

Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(3)

Nah!! 
 Allah sudah mengkhabarkan kepada kita, hamba-NYA akan kenyataan bahawa kita berada dalam kerugian sekalipun tidak melakukan apa2. Musuh kita yang nyata sentiasa mencari peluang setiap saat untuk menyesatkan dan melalaikan kita. . Siapa musuh kita? Ya, syaitan yag direjam.

" أَلَمۡ أَعۡهَدۡ إِلَيۡكُمۡ يَـٰبَنِىٓ ءَادَمَ أَن لَّا تَعۡبُدُواْ ٱلشَّيۡطَـٰنَ‌ۖ إِنَّهُ ۥ لَكُمۡ عَدُوٌّ۬ مُّبِينٌ۬ (٦٠)"
" Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya dia musuh yang nyata terhadap kamu! "

Setelah itu, Allah jelaskan pengecualian bagi golongan tertentu. Golongan2 ini sungguh mujahadahnya sangat perlu dalam meningkatkan diri ke arah yang lebih baik dan bermanfaat buat orang sekelilingnya. Siapakah mereka? 

Mereka adalah orang2 yang beriman, beramal soleh serta mereka yang berpesan2 dengan kebenaran dan kesabaran.

Ayuh bersama menjadi sebahagian daripada golongan2 tersebut. Semoga setiap usaha kita melakukan perubahan ke arah mengenali hakikat keindahan hidup bertuhankan Allah yang Maha Esa dihitung dan segala dosa2 digugurkan dalam setiap ujian yang mendatang.. 



Some tips @ suggestion for activities that can be done in 1 minute... 



Wallahua'lam.