Thursday 27 September 2012

muhasabah bersama

Kumohon lidahku, tertibku, langkahku sentiasa mengingatimu, Ya Rahman..
Assalamualaikum teman2 yang dikasihi , semoga sentiasa dalam rahmat dan jagaan Allah...Bersyukurlah kerana pada hari ini kita masih dipinjamkan Allah nikmat yang tak terhitung nilainya.. Sungguh, rahmat Allah terhadap hambanya melebihi kemurkaan-Nya.. Bahkan kitalah yang seharusnya menggunakan setiap masa yang berbaki dalam hidup ini dengan sebaiknya..(pesanan buat diri juga ^_^ )

          "Masa yang berbaki? E eh , kau sakit ke? Sampai hati tak bagitahu aku yang kau dah nak pergi..."

          " Ya, masa yang berbaki.. Apesal ? Alhamdulillah aku sihat je...Aku tak tahu bila aku akan dipanggil.. mungkin sekejap lagi, mungkin dalam tidur dan mungkin esok lusa.. He knows more, bro. Lagipun aku dah bertunang,, =) "

          " Asal aku tak tahu pun?? Bila? Mesti cantik kan tunang kau?? Aku kenal tak? Dah tu, apa kaitannya dengan masa yang berbaki??"

          " Dah lama dah, sejak kecik lagi.. Kau tak tanya,, aku tengah buat persiapan agar aku bersedia untuk menghadapi perkahwinan ni...Banyak lagi yang belum cukup.. Perkahwinan aku boleh terjadi bila2 masa je..mgkin esok, mungkin lusa dan mungkin sekejap lagi... Aku bertunang dengan maut, Jat.."

          ".................................................... Ya Allah!!! Sungguh aku lupa, Lan...Aku alpa selama ni... aku  cuba mencari arah untuk pulang, tapi pandangan aku kabur !!!! Kini aku dah nampak jalannya...Aku tertanya-tanya tujuan aku dihidupkan, matlamat aku tak tetap,malah aku rasa kosong.."


Sesungguhnya mengingati mati itu antara ciri-ciri Muslim cemerlang...


Renungan cernaan bersama,,,,=)