Wednesday 10 October 2012

Menjemput Istikharah

Menjemput istikharah? telah dikhitbahkah penulis?

Persoalannya, adakah istikharah sekadar bertujuan untuk membuat pilihan terutama tatkala diri diajukan lamaran sahaja? Jawapannya ada pada diri pembaca masing-masing...

         Hakikatnya, istikharah mempunyai peranan yang lebih luas dalam kehidupan kita.. Terutamanya buat hamba yang ingin mendekati Rabb. Ia juga bisa menjadi 'tali perhubungan' antara hamba dan Khaliknya selain daripada ibadat2 wajib.
       
          Analoginya begini, seorang pelajar pasti akan bertemu dengan pensyarahnya hampir setiap hari dalam kuliah2 dan mungkin juga tutorial, benar? Pelajar yang hanya melihat peluang akan merasakan kehadirannya ke kuliah sudah memadai untuk berjaya dalam peperiksaan. Manakala pelajar yang bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu pasti akan melakukan sesuatu yg extra dalam usaha mendapatkan penerangan yg lebih mendalam. Dia akan menemui pensyarahnya yg sememangnya pakar dlm subjek tersebut dan menghilangkan mendung persoalan dlm diri. Pastinya kefahaman dan ilmu yang didapati dari pensyarah yang ditemui di luar bilik kuliah lebih diyakini, bukan? Jika anda adalah pensyarah tersebut, pelajar yg manakah yg akan anda berikan markah dalam menentukan kecemerlangan akademik?? pilihan terletak di tangan anda..

          Begitu juga hakikatnya, Allah amat sayangkan hamba2Nya. Namun apa yang membezakan seorang mukmin dgn mukmin yang lain ialah cara mendapatkan kasih sayang Allah..Antaranya ialah melalui ibadah2 sunat dan lain2... Kembali kpd tajuk post kali ini., mari kita renung hadis berikut :

Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa.


          Dapat difahami bahawa solat istikharah bukanlah sekadar didirikan tatkala keliru soal jodoh, malah lebih dari itu. Terkadang jika kita buntu, serabut memikirkan solusi buat masalah yang menimpa, solat istikharah juga menjadi tempat kita memohon petunjuk untuk menyelesaikannya. Biasanya solat Istikharah dilakukan apabila seseorang itu ingin melakukan sesuatu perkara tetapi dia tidak pasti apakah perbuatan atau tindakannya itu membawa kebaikan ataupun tidak kepada dirinya. Maka untuk itu bagi memohon petunjuk dan keredaan adalah dituntut baginya supaya melakukan solat sunat istikharah. Pelaksanaannya sama dengan solat-solat sunat yang lain. 


Bangun daripada tidur yang nyenyak pada tengah malam bukan perkara mudah untuk menunaikan solat sunat. Bagaimanapun, jika diketahui fadilat yang bakal diraih melalui amalan solat sunat ini pasti kita berjaya untuk melawan mata mengantuk. Cara Melakukan Solat Sunat Istikharah ialah sebaik-baiknya lakukan selepas jam 12 malam selama 3 hari berturut-turut dan mohon pada Allah apa yang mengganggu diri dalam membuat keputusan.


InsyaAllah kita akan mendapat jawapan atau tanda-tanda alamat melalui mimpi atau gerak rasa. Jika anda rasa tidak sedap hati, maknanya jika anda teruskan juga untuk melakukan nya, ia akan jadi musibah. Jika kita rasa tenteram dan tenang, maka kita sudah tahu jawapannya. Dan teruskan niat tersebut. Solat istikharah sangat digalakkan untuk mereka yang mahu mendapat jalan keluar terbaik kerana keputusan yang dibantu hidayah selalunya akan membawa hasil diharapkan.