Monday 19 November 2012

Corat Coret Cuti Midsem



Bismillahirrahmanirrahim,,

Sungguh, terasa sudah lama, laman ini menyepi dari sentuhan hati penulis... Benar, cita-citaku bukanlah untuk menjadi seorang penulis, bukan jua seorang penyair... Tetapi ku harapkan agar perkongsian secbis pengalaman ini dapat memberi kepuasan buat diri, menyatakan rencah hati serta selebihnya menjadi tatapan Allah...

      Seminggu yang lalu, terlalu banyak peristiwa yang banyak memberi erti buatku.. Jumaat sebelum cuti midsem ku diberi peluang bertemu dengan raudhatul jannah di Majlis Ta'lim darul Murtadza... Sejujurnya, pada awalnya hati ini tiada apa2 perasaan.. hambar malah hati terasa sangat gersang... Langkahan kaki ini sekadar memenuhi ajakan sahabatku, tiada kesungguhan di situ.. Namun, segalanya berubah tatkala diri dan hati ini berada di dalam majlis itu... Terasa nyaman dan sebak sepanjang berada di situ... Banyak ilmu serta hikmah dapat disingkap di situ. Alhamdulillah, terasa Allah menjagaku melalui sahabat- sahabatku.

Sebelumnya ku buang jauh-jauh dan kunafikan hak ukhuwwah di hujung sudut hati, kini ku memahami bahawa ukhuwwah bukan sekadar 'i'll always be there for you', tetapi lebih dari itu.. Tatkala hati masih tercari-cari erti ukhuwwah, jawapan itu datang kepadaku tanpa perlu diulas. Ukhuwwah yang paling manis ialah apabila seseorang sahabat itu mendoakan sahabatnya yang lain. Benar, segala kejayaan, kegembiraan, kebaikan, dan keselesaan yang kita lalui ini kemungkinan hasil doa ibu bapa, sahabat dan alam  yang saban hari kita hampir melupakan mereka. Nilai kesyukuran adalah sangat mahal harganya, tidak bisa dibeli dengan segunung emas hatta seluruh alam. Begitu juga tautan hati.. Firman Allah :

8:63


“Dan Dia(Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman).Walaupun kau membelanjakan semua (kekayaan) yang berada dibumi,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah dapat mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”(Surah al-Anfal: 63).

Keesokan harinya kupulang ke rumah dengan sahabatku.. Tiada apa-apa agenda bagi cuti seminggu tersebut, just follow the flow.. Diri disibukkan dengan urusan pinjaman yang baru sahaja diluluskan,,,alhamdulillah.. Sempat jua pulang ke kampung halaman. Kali ini hati berasa sangat tenang, dapat menjejakkan kaki to the place where I had my wonderful childhood. I used to hear grandpa's shout in angry mode when we, the kids touch his woods and causes too much noise fighting over tv channels.. I also get to enjoy the scenery of paddy field since i was born (but occasionally every weekend). Berkesempatan mengambil gambar buat kenangan... Jom kita tengok..=)


Me n my husband... (ngee)


 Subhanallah, cantikkan ciptaan Allah?? Manusia tidak mungkin mampu mencipta yang setara denganya...teringat kata- kata murabbi di bumi izzah,,

"تفكّرواٌ في خلْق الله ولا تتفكّرواٌ في ذات الله "

Sekian kalam berbicara .... Moga bertemu di lembaran akan datang... Ilalliqa'...