Monday, 25 February 2013

Kita, yang terpilih itu..

Salam 'alaik...

Dalam menempuhi kesibukan jadual varsiti, tetap diri ini mencuri kesempatan meninggalkan tulisan di sini sekalipun pada awalnya ingin menguzlahkan diri dari komuniti blog dek kesibukan yang semakin menghimpit.. But, can't stop thinking of this blog.

So, here I come..
...............................................................................................................................................................
"ukhti, ana sebetulnya tak layak berada di posisi ini.. Ana masih belum layak menjadi pendakwah, apatah lagi  rela dipanggil pejuang agama," akhirnya dia bisa menuturkan kata-kata itu.

Sudah lama dia memendam rasa, sekadar melihat dari jauh dan mengikuti aktiviti itu. Entahlah, ada kala hatinya senang dan lapang, adakalanya hatinya kuat menolak sekalipun hakikatnya aktiviti itu melatihnya dalam diam. Seringkali, apabila soalan ' Apa sumbanganmu yang bisa diberikan buat ummah?' diajukan, dia terkedu..Segera akal ligat mencari jawapan, namun hasilnya hampa.. Wang? Ahh, dia tidak bekerja. Thaqafah Islami? Levelnya masih di band 2.. Multimedia? Sangat zero... Lalu, dia mula memikirkan dirinya hanya menjadi beban kepada orang lain lantaran tugasnya sendiri pun orang lain yang tolong buatkan.. merasakan hanya dirinya yang bergerak pada kelajuan as fast as the snail,, baby pun lagi laju taw!!

Senior yang memasuki tahun ketiga itu sekadar tersenyum, menarik tangannya lalu mengusap lembut..
"Liya, kalau kita fikirkan kelayakan memang semua orang tak layak.. Akak jugak tak layak sebenarnya berada di tempat ini. Tapi apa yang menjadikan akak tetap berpegang pada amanah ini?? Akak juga pernah seperti kamu. . Malah akak lebih teruk lagi. Akak memberontak, merasakan akak juga ada hak untuk memilih dan menolak sesuai dengan kemampuan akak.." Senyuman ikhlas tersungging di wajah itu.


"Lalu apa yang ukhti lakukan?"
Liya semakin bersemangat mendengar kisah naqibahnya.

Rupa-rupanya mereka berkongsi pengalaman yang sama!!. Sejak dia memasuki dunia itu, segalanya berubah.. Dalam keadaan masih terkapai-kapai untuk memahami segalanya dek memasuki dunia itu dengan 5% ilmu, dia tegar menyusuri duri dan cabaran bersama insan bernama Siti Fatimah merangkap naqibahnya yang kini sudah dianggap seperti kakaknya sendiri..

"Akak ambil keputusan untuk keluar terus daripada dunia ini. Akak beritahu sahabat baik akak tentang hasrat akak tu.. Cuba Liya teka apa respon dia pada akak??" Fatimah cuba mengagak respon daripada adiknya itu..

"Mesti dia cakap 'Kalau itu yang ukhti nak, baiklah.. Ana pun tak boleh memaksa enti. Ana yakin enti dah fikir dalam-dalam sebelum buat keputusan berat ini.." Terpancar sinar keyakinan di wajah itu.

"Liya, sesungguhnya Allah yang memilih kita untuk berada di tempat ini. Manusia, sekalipun mereka yang berada di atas tidak mungkin dapat melawan kehendak Allah. Yakinilah hakikat itu, kerana Dialah Yang Maha Mengetahui, lebih mengetahui dari diri kita sendiri. Sebab apa? Sebab Dia yang terlebih dahulu menciptakan kita.. Dia tahu segala-galanya tentang kita. . Dia tahu kita mampu, lalu Dia letakkan kita di tempat ini. . Beruntunglah, dan bersyukurlah, kita menjadi antara yang terpilih itu.. Kita, yang merasakan diri sangat lemah dan tak berguna berbanding orang lain, dipilih untuk berada dalam jagaan-Nya, hidayah-Nya. Terasa Allah sayang kita lebih, kan??"

Air hangat mula mengalir di pipi kecil itu... Sepi beberapa minit, namun dalam hati tetap membenarkan kata-kata itu...
"Akak, apa sebenarnya tujuan kita hidup?" Dia benar-benar memerlukan kepastian.

Tiada riak terkejut mahupun hairan di wajah Fatimah.. Jawapan kepada soalan itu sememangnya perlu sentiasa diulang-ulang agar niat di hati dapat ditajdidkan, diperbaharui, dan diluruskan.

"Kita punya dua tujuan hidup iaitu sebagai seorang hamba kepada Tuhannya dan sebagai khalifah di bumi ini, mentadbir diri dan sekeliling.. Sebagai seorang hamba yang sentiasa diberi nikmat oleh Allah, kita perlulah beribadat kepada-Nya sebagai balasan. Malah, jika dikaji semula, ibadah-ibadah yang kita lakukan kesemuanya mendatangkan manfaat kepada kita semula, tak sekalipun mendatangkan kemudaratan. Nampak kan, Allah sayangkan kita??. Allah bisa melakukan apa-apa sahaja dan sedikit pun tak terjejas kalau hamba-NYa tak beribadat kepada-Nya. Tapi kitalah yang rugi, kan?? Kitalah yang sangat memerlukan Allah. Hilang terus sifat riyak bila berhadapan dengan Allah.


Sebagai khalifah pula, kita mesti boleh menguruskan diri dengan baik dan mencintai diri sendiri. Bagaimana?? Dengan cara kita tak menzalimi diri sendiri.. Selain itu, kita juga haruslah memberi manfaat kepada orang lain dalam setiap perbuatan kita.. Tak mudah menjadi khalifah, dan tak susah juga kerana ia seiring dengan proses pembelajaran dalam hidup. Melakukan kesilapan adalah kebiasaan tetapi setiap kesilapan harus ada pengajarannya yang tersendiri.." Hatinya juga merenung kata-kata yang dituturkan..

Aliya mengangguk.. Hatinya terubat mendangar kata-kata itu. Benar, segala-galanya perlu disandarkan kepada Allah.. Kini dia semakin mengerti ...
"Terima kasih ukhti, Uhibbuki fillah (sayang kamu kerana Allah).  "


Setelah berbual seketika, Aliya meminta diri untuk pulang ke fakultinya untuk kelas seterusnya.. Dia belajar sesuatu hari ini.. Ya, something refreshing.. Sebaris senyuman terukir di wajah itu..

p/s: looking forward for this coming usrah!! Syafakillah buat ukhti are-known,,semoga cepat sembuh..